Pengenalan

  

 

      Institut Latihan Perindustrian Kuantan (ILP) terletak di Kawasan Perindustrian Gebeng, 25km dari pusat bandar Kuantan. ILP Kuantan merupakan sebuah agensi latihan di bawah pengelolaan Jabatan Tenaga Manusia (JTM). Institut ini telah dirasmikan oleh Tengku Mahkota Pahang, Yang Amat Mulia Tengku Abdullah Ibni Sultan Ahmad Shah pada 30 Oktober 1989.


      Penubuhan ILP Kuantan adalah bertujuan memberi latihan teknikal secara formal kepada belia lepasan sekolah dan pekerja industri sekitar kawasan Pantai Timur bagi membekalkan tenaga mahir kepada sektor perindustrian negara.