Teknologi Maklumat

it

Jabatan Elektrik & Elektronik

Jabatan Elektrik dan Elektronik merupakan salah satu daripada tiga jabatan yang terdapat di ILP Kuantan. Jabatan ini terdiri daripada tiga bahagian. Jabatan ini diketuai oleh Ketua Jabatan iaitu Pn Suriani Binti Rozahan. Setiap bahagian menawarkan kursus yang merangkumi kemahiran masing-masing. Bahagian-bahagian didalam Jabatan ini ialah :

1. Bahagian Elektronik Industri

  • Kursus Pembantu Elektronik Industri (B05-)

2. Bahagian Juruelektrik

3. Bahagian Teknologi Maklumat

Juruelektrik

Teknologi Elektrik 3-Fasa (B01)

Dalam kursus ini pelajar akan diajar mengenai kaedah-kaedah pemasangan, mengendali dan menguji pendawaian satu da tiga fasa. Selain itu, pelajar juga akan dilatih untuk mengesan dan membaikpulih kerosakan litar elektrik, mengawal, meyelenggara alat jana kuasa, motor dan peralatan elektrik industri mengikut piawaian Suruhanjaya Tenaga.

Elektronik Perindustrian

Teknologi Elektronik Industri (B05)

 

 

Di dalam kursus ini, pelajar akan diajar tentang pengetahuan dan kemahiran dalam mengukur, menguji dan mengendalikan peralatan sistem elektronik.kandungan kursus ini adalah terdiri daripada pengkhususan dalam elektronik seperti subjek digital dan analog serta asas kawalan automasi yang termasuk motor elektrik, programmer logik controller (PLC), sistem pneumatik dan sistem hidraulik yang merupakan laluan utama bagi industri sekarang.