|
Apakah kursus-kursus yang ditawarkan oleh ILP Kuantan?
- Mekanik Industri.
- Pemesinan Am.
- Pembuat Acuan dan Alat Pemotong
- Kimpalan Arka & Gas
- Fabrikasi Logam
- Teknologi Elektronik Industri
- Juruelektrik.
- Teknologi Komputer (Sistem)
- CADD Senibina
Apakah kemudahan yang disediakan untuk pelatih dan bagaimana dengan penempatan pelajar?
Bagi kemudahan latihan, Perpustakaan disediakan untuk pelatih semasa waktu bekerja. Di setiap jabatan terdapat bengkel dan makmal yang dilengkapi dengan mesin dan peralatan untuk kegunaan latihan. Selain dari itu kami juga menyediakan Dewan Kuliah dan Dewan Besar untuk digunakan bagi sebarang aktiviti yang dianjurkan. Pihak institut menyediakan kemudahan asrama dengan percuma kepada semua pelatihr ILP. Asrama kami boleh memuatkan 600 penghuni dalam satu masa. Selain itu terdapat juga Dewan Makan, Surau dan kemudahan-kemudahan sukan untuk keselesaan pelajar (sila lihat laman prasarana). Makanan dan minuman dihidangkan 5 kali sehari untuk penghuni asrama secara percuma.
Apakah peringkat pembelajaran yang disediakan oleh ILP Kuantan.
ILP Kuantan menawarkan kursus-kursus diperingkat sijil iaitu Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1, Tahap 2, Tahap 3, dan Sijil Pendawaian PW4 (untuk kursus Juruelektrik sahaja). Pihak jabatan mengeluarkan persijilan khas iaitu Sijil Teknologi Jabatan Tenaga Manusia mengikut bidang pengkhususan.
Adakah sijil lulusan ILP di iktiraf oleh kerajaan Malaysia ?
Sijil yang dikeluarkan oleh ILP diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam melalui Sistem Pentauliahan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Kebanyakan lulusan ILP tidak sukar untuk memperolehi peluang pekerjaan di pelbagai sektor.
Di manakah saya boleh menyambung pelajaran saya selepas tamat latihan di ILP?
Anda boleh menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi seperti diploma di institusi Latihan Kemahiran sama ada di bawah Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Kementerian Belia dan Sukan dan MARA. Antara institut di bawah JTM ialah Japan -Malaysia Technical Institute (JMTI), dan Advanced Technology Centre (ADTEC). Lain-lain institut yang menawarkan diploma adalah seperti Malaysian-France Institute (MFI), German Malaysian Institute (GMI), Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) dan lain-lain institusi yang menawarkan Diploma kemahiran. Seterusnya di peringkat ijazah di Universiti Kuala Lumpur (UNIKL).
Berapakah bilangan ILP yang terdapat di Malaysia ?
Terdapat 21 buah ILP di seluruh Malaysia yang diletakkan di bawah Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia iaitu :
- Kuala Lumpur
- Kuala Langat
- Ipoh
- Selandar
- Bukit Katil
- Pedas
- Mersing
- Pasir Gudang
- Muar
- Kepala Batas
- Nibong Tebal
- Kangar
- Jitra
- Kuantan
- Kuala Terengganu
- Kota Bharu
- Labuan
- Kota Kinabalu
- Sandakan
- Miri
- Kota Samarahan
- Perai
Selain itu, Jabatan Tenaga Manusia juga menyediakan pusat latihan seperti Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTI) di Bukit Minyak, Seberang Perai. Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) di Shah Alam, Selangor dan Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) terdapat di Johor, Melaka, Selangor dan Kedah. Di institusi ini pelajar juga berpeluang untuk melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat Diploma dan Ijazah
KLIK SINI UNTUK KEATAS
|